Sunday, 14 June 2015

Nazri Aziz: "Please be a Raja Buta & Bisu. Or Else"

One of the reasons why I had not written a blog post is this: the time and effort tends to be spent on updates and comments at Facebook. The following is from today, at Dato' Shamsuddin (Small Talk) Nawawi's wall. Since he had tagged me and specifically asked my opinion about what minister Datuk Nazri Aziz had said (his warning to the Johor Crown Prince), I felt obliged to respond to his request. These `comments' qualify as blog posts, so I'm turning them into such here. Maybe that's how I should do it, i.e. reconcile Facebook updates and comments with the blog here...(?)

[...]
Saya amat setuju dengan apa yang Dato' Sam tulis di atas tu. Fair, accurate & reasonable-minded.

Tentang peranan institusi di-Raja, telah ditetapkan dalam Perlembagaan bahawa kita mengikut sistem Constitutional Monarchy. Secara amnya, Sultan dan kerabat tertinggi perlu apolitical - tidak memihak kepada sesuatu parti politik. Namun, saya tidak setuju dengan apa yang sesetengah pihak kata tentang apa Raja patut dan tak patut buat. Khususnya statement oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi yang appointed tu (bukan voted in). Walaupun dia menteri, dan walaupun dia lulusan undang-undang.

Perlu diingatkan bahawa Institusi Raja adalah satu component yang essential dan berkedudukan amat tinggi dalam Perlembagaan negara kita. Pada pendapat dan interpretasi saya, "Apolitical" tidak bermakna "Jadi tunggul kayu", "Dok diam-diam". Perlembagaan tentang institusi Raja ini tidak totally rigid dan peranan Raja tidaklah begitu terhad sepertimana yang beberapa pihak katakan. Jika dan bila Baginda sendiri pilih dan tentukan (bukan obligated) -- scope dan range penglibatan Baginda adalah pada mana-mana level di antara skala "Total disinterest" hingga ke "Partisan Involvement". Saya rasa Baginda ada hak untuk bersuara dan memberi pandangan terbuka dalam banyak hal, khususnya yang mendatangkan kesan kepada negeri dan negara.

Dalam beberapa keadaan, pendapat terbuka dan penglibatan Raja akan dapat menyelesaikan situasi yang complicated, dan menjaga kepentingan rakyat. Contoh yang baik di mana seorang Raja telah menggunakan kuasaNya secara efektif, dan melindungi kepentingan rakyat (bukan individu dan golongan tertentu sahaja) adalah dalam isu Menteri Besar Selangor tahun lepas. Jika Baginda mengambil sikap Total Disinterest, golongan tertentu akan dapat manipulasi berbagai keadaan, yang hanya untungkan diri mereka sahaja.

Saya rasa itulah contoh yang boleh digunakan oleh Institusi Raja dalam socio-economic-political negara sekarang. Kita tidak perlu ikut apa yang Queen England buat, yakni sebagai figurehead tunggul kayu. Situasi, environment dan variables di negara kita adalah berbeza. Jadi, kita lakukan dengan cara sendiri. Institusi Raja perlu evolve mengikut zaman. Secara peribadi, saya sokong Raja-Raja Melayu ini memberi pandangan mereka secara terbuka tentang berbagai isu. Tiba masanya untuk Raja-Raja Melayu menjadi payung untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara.

Bagi saya, statement yang dibuat oleh Raja Johor itu bukanlah "political interference". Ia adalah berkaitan dengan financial, ekonomi yang mana terdapat impak terhadap rakyat dan negara. Perkara yang Baginda suarakan itu juga membabitkan ekonomi negeriNya, serta persepsi pelabur dan orang-orang asing. Berbanding dengan negeri-negeri lain, Raja Johor adalah yang paling involved dan proactive dalam aspek-aspek socio-ekonomi di negeri tersebut. For better or for worse, itu adalah isu separate.

[And followed up with this...]
Saya harap menteri ini serta penyokong tertentu tidak akan ambil tindakan bodoh untuk whack. Mungkin 'PR expert' (kononnya) Lim Kok Wing, yang baru baca buku Sun Tzu "The Art of War", sekarang dah rasa diri sebagai 'strategist'. Mungkin dapat inspirasi dari over-used slogan "Attack is the best form of defence", dan bagi idea untuk Menteri Yeop belasah Raja. Guna modal "Big China developers in south Johor", misalnya.

Kalau lah ini dibuat sebagai retaliation dan cubaan untuk intimidate, saya nak gelak aje. Akan menunjukkan kepada semua bahawa Yeop & Company tidak kenal Raja Johor, tidak faham dynamics sokongan ramai rakyat (termasuk yang bukan orang Johor). Cuba lah, Yeop...

No comments:

Post a Comment

The Word Verification is annoying, I know. But it's to minimise spammers.